KIJANG, 14 Jun: Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini sumbangan bantuan COVID-19 telah mula diagihkan kepada penduduk DUN Kijang. 800 orang penerima JKM telah menerima Bantuan Prihatin Bakul Permai dibawah peruntukan Jabatan Kebajikan Malaysia.
Seramai 300 orang penduduk pula telah diberikan sumbangan bantuan berupa makanan asas. Bermula minggu ini pula, 1,000 lagi bakul COVID-19 akan diagihkan kepada penduduk DUN Kijang yang terjejas pendapatan akibat PKP dan sebarang bantuan ini kakitangan kerajaan tidak layak untuk terima.
Bantuan kepada rakyat yang perlu kuarantin di rumah akibat positif atau kontak rapat dengan pesakit COVID-19 masih diteruskan dengan penghulu menghantar bantuan ke rumah-rumah yang terlibat.
Terima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, penghulu, staf pejabat DUN dan semua diatas usaha dan kerjasama dalam menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban rakyat DUN Kijang dalam menghadapi tempoh PKP ini.