Home Berita PAS Kedah

Program derma darah PAS Sik dapat sambutan

105
SHARE

Oleh: ALIAA SYAZWANI

SIK, 15 Jun : Dewan Muslimat PAS Sik turun mengambil peranan menjadi sebahagian daripada penderma darah di Kompleks PAS Kawasan Sik, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Sik serta dengan kerjasama Hospital Sik mendapat sambutan baik dari masyarakat berhampiran dan melepasi sasaran 30 penderma.

“Terima kasih kepada muslimat yang turut mengambil bahagian menderma darah, ” ujar Ketua Dewan Muslimat Sik, Norhasimah Abdul Rahman ketika hadir ke majlis itu.

Seramai 75 orang yang hadir dan hanya 51 orang daripadanya layak untuk menderma

Salah seorang penderma, Norhazina Mohd Noor dari Kg Belantik berkata, ini kali ke empat menderma darah dan berasa seronok dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Saya sudah ada pengalaman dan rasa seronok dapat membantu orang lain,” katanya.

Sementara bagi Nurin Afiqah,beliau akan menjadikan derma darah ini sebagai rutin setiap enam bulan sekali.