Home Berita PAS Kelantan

18,022 rakyat Pasir Mas sudah divaksinasi

344
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
PASIR MAS, 9 Jun: Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 13,182 warga Pasir Mas yang sudah pun menerima dos pertama manakala 3,840 lagi telah lengkap dua dos sempena Program Imunisasi COVID-19 bagi jajahan Pasir Mas.
“Sejak beroperasi pada 26 April lalu, 18,022 rakyat Pasir Mas telah menyertainya termasuk seribu orang hari ini”, katanya ketika meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), di Dewan Utama Kompleks Apam Putra, pagi tadi.
PPV Jajahan Pasir Mas tersebut menjalankan maksimum 1200 suntikan sehari di bawah penyelarasan Dr Shahidawati Setapa.
Menurut beliau lagi, selain warga emas, petugas barisan harapan dan penjawat awam, sebahagian daripada pentakmir masjid, penghulu dan guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang bermastautin di Pasir Mas juga telah divaksinasi.
“Kita amat menghargai kerjasama dan komitmen petugas barisan hadapan yang berusaha membuat panggilan peringatan sehari awal sebelum tarikh vaksinasi. Khidmat ini amat berkesan dalam meningkatkan kehadiran penerima vaksin sehingga 80 peratus setiap hari bagi yang tiada keuzuran.
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Mas juga menyediakan kenderaan bagi memudahkan masyarakat datang menerima suntikan vaksin COVID-19 di sini dan kita harapkan kehadiran terus meningkat seratus peratus ”, tambahnya.