LANGKAWI – Seramai 50% daripada 75,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin COVID-19 telah mendaftar untuk program vaksinasi COVID-19 manakala Seramai 12,000 individu atau 16 peratus sudah mendapat suntikan berkenaan setakat ini.
Yang DiPertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad berkata pernyataan tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Dr Roshayati Abu Bakar selaku penyelaras Pusat Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Langkawi.
” PICK daerah Langkawi. mensasarkan lebih 1,000 suntikan sehari dan dijangkakan sebelum hujung tahun ini peratus Herd Immunity ( Komuniti Kelompok) dapat dicapai, ” tambahnya yang ditemui selepas program edaran makanan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kesihatan Daerah Langkawi di sini hari ini.
“Setakat ini penduduk Langkawi adalah penerima vaksin yang tertinggi di negeri Kedah,” katanya.
“Kita mengharapkan apabila suntikan sudah capai sasarannya, sektor pelancongan Langkawi dapat dibuka segera kepada mereka yang mesra vaksin, seperti mana yang akan dilakukan di Phuket (Thailand).” ujarnya.
Pulau Langkawi yang popular sebagai destinasi pelancongan seakan lumpuh sejak bermulanya pandemik Covid-19 menyerang lebih satu tahun yang lalu. Impak kepada wabak ini cukup besar kepada sektor industri pelancongan dan yang berkaitan serta kesan langsung kepada ekonomi penduduk Langkawi.
” Banyak hotel terpaksa ditutup, ribuan yang hilang pekerjaan, lebih dua ribu buah teksi terkesan, bot-bot pelancong dan banyak lagi yang berkaitan kalau nak disenaraikan kerana Langkawi cukup-cukup terkesan kalau dibandingkan dengan daerah daerah lain yang kurang bergantung kepada sektor Pelancongan. ” tambahnya yang juga merupakan Ahli Majlis Bandaraya Langkawi.
” Kita bermohon kepada Allah SWT agar wabak ini diangkat segera dari negara kita, semoga semua urusan kehidupan dapat berjalan seperti biasa dan Langkawi tetap menjadi pilihan kepada para pelancong seluruh dunia.”
” Banyak perkara yang sedang direncana dan dirancang oleh pihak kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah ini, khasnya dalam sektor pelancongan seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah tempoh hari dimana hasilnya akan turut tumpah kepada warga Langkawi dan anak cucu kita nanti, Insyaallah.”
” Terima kasih buat warga Langkawi kerana kebersamaan anda dalam peperangan melawan wabak ini dan kita mesti menang , pastikan ikut arahan KKM, patuhi segala SOP doa dan tawakal berterusan.”