Home Berita PAS Kelantan

Belajar dari rumah: Kerajaan beri perhatian penuh

219
SHARE

Belajar dari rumah: Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan memberi perhatian penuh agar pendidikan dapat terus berjalan.
KOTA BHARU, 31 MEI: YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan telah merasmikan majlis penyerahan peralatan ICT untuk PDPR, dan buku garis panduan pengurusan wabak COVID 19 di asrama sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan secara pandu lalu.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM498,573.00 untuk peralatan-peralatan ICT di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan iaitu mengikut pembahagian 2 fasa. Fasa 1 dengan kos sebanyak RM211,000.00 melibatkan keseluruhan 47 buah sekolah. Manakala untuk fasa kedua pula melibatkan sebanyak 46 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan.
Antara peralatan ICT yang dibekalkan terdiri daripada:
1. Laptop
2. LCD projector
3. Screen Projector 6×6 Tripod
4. Writing Pad untuk Laptop
5. Webcam
6. Microphone
7. Wireless Presenter
8. Speaker
9. Headphone
10. HDMI To VGA Adapter
Semoga dengan inisiatif yang disediakan ini dapat memastikan pendidikan para pelajar secara PDPR dapat berjalan lancar.