PANTAI IRAMA, 24 Mei: Agihan Bakul Permai JKM kepada penerima untuk fasa pertama dalam Dun Pantai Irama telah dijalankan pagi ini. 10 mukim terlibat pada sesi kali ini iaitu Pantai Damat, Perupok, Kg Sungai, Tok Dosah, Kg Panjang, Balai, Kemasin, Kubang Golok, Bandar Bachok dan Nipah.
ADUN Pantai Irama, Yb Hj Mohd Huzaimy Che Husin turut meluangkan masa hadir dan menyempurnakan serta menyampaikan sumbangan tersebut.