Home Berita PAS Kedah

PAS Kedah serah sumbangan Palestin

911
SHARE

ROZAIDI TAIB | 22 MEI 2021

ALOR SETAR – PAS Kedah hari ini menyerahkan sumbangan Palestin berjumlah RM1,647,557.10 yang akan disalurkan ke akaun Tabung Kemanusiaan PAS Relief dalam kempen Malaysia Aid4Palestine dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya hadir mewakili PAS Kedah untuk menyerahkan “Mock Cheque” tersebut kepada Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Noor yang merupakan Pengerusi PAS Relief di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, di sini.

Majlis ringkas dan singkat dilakukan dengan mematuhi SOP yang ketat ekoran daerah Kota Setar berada dalam zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD) sehingga 2 Jun nanti.

Penyerahan tersebut merupakan program yang diatur oleh PAS Relief sempena majlis penyerahan sumbangan dana Palestin daripada Dewan-dewan dan PAS Negeri-negeri kepada PAS Pusat secara maya menggunakan aplikasi Zoom dan disiarkan secara langsung di Facebook TV PAS & PAS Relief.

Pada Selasa lalu, PAS Kedah telah menerima sumbangan yang dikumpulkan daripada PAS Kawasan-kawasan, NGO, Syarikat dan individu sempena kempen Derma Jihad Palestin PAS Kedah fasa -1. Fasa ke-2 kempen yang bermula 21 Mei 2021 lalu akan berlangsung sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian oleh jawatankuasa kempen.