KOTA BHARU, 18 Mei: Ustaz Dato’ Menteri Besar pada hari ini turut menerima sumbangan RM 5,000 kepada Tabung Kemanusian Palestin daripada Bahagian Dakwah dan Halaqat Negeri Kelantan. Sumbangan diserah oleh YABrs Ketua Pengelola Ustaz Bakhari Hamad.
Sehingga kini, sumbangan kepada Tabung Kemanusian Palestin melalui Tabung Serambi Mekah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh lapisan rakyat Kelantan.
Orang ramai boleh terus menyumbang kepada Tabung Amanah Kebajikan DarulNaim (Tabung Serambi Mekah) Perbendaharaan Negeri Kelantan, menerusi akaun 03018010080024 Bank Islam Malaysia Berhad.