Home Berita PAS Johor

Seindah Syawal Muslimat Johor

114
SHARE

Seindah Syawal Muslimat Johor

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor Bahru,10 Mei : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan,LKK Muslimat Johor aktif dengan kerja kebajikan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Terbaru, di bawah program Seindah Syawal seramai 140 buah keluarga telah berjaya dibantu di 14 lokaliti terlibat.

Antaranya Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau, Pontian, Kulai, Mersing,Pengerang, Batu Pahat, Ledang, Sekijang,Segamat, Pagoh, Kota Tinggi dan Kluang.

“Skuad prihatin turut mengagihkan barangan basah seperti ayam, rempah masakan, santan, nasi impit, beras dan kuih raya.”

Demikian menurut pengarah program, merangkap Timbalan Pengerusi LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Razitah Pungut ketika mengulas berkenaan kelengkapan raya yang diagihkan kepada golongan asnaf.

Menurut Razitah, sumbangan ini diharapkan dapat meringankam beban mereka yang kurang berkemampuan dan dapat mengembirakan mereka di hari kemenangan itu nanti.