KOTA BHARU, 9 Mei: Penyampaian sumbanagan Armalah Dun Kota Lama Fasa 1 dan Fasa 2 bagi Tahun 2021 dan Penyampaian Skim Pendidikan Yatim telah diadakan di sini mengikut SOP yang ditetapkan.
Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Mortazi Bin Ismail (Setiausaha DUN Kota Lama) mewakili YB DATO HJ Anuar Tan Bin Abdullah (ADUN Kota Lama). Turut hadir sama dalam penyampaian sumbnagan ini ialah Penghulu Tanpa Mukim Lelaki dan Wanita, Penghulu-Penghulu Mukim DUN serta Sekretariat PKD Kota Lama.
Seramai 666 orang penerima menerima sumbanagan tersebut mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan.