KOTA BHARU, 10 Mei: YABhg Datin Bentara Kanan Menteri Besar hadir menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada petugas kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Sumbangan Aidilfitri tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada petugas kesihatan yang berkorban demi merawat dan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Sumbangan diterima oleh YBhg Dato’ Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri dan YBhg Dato’ Pengarah Hospital HRPZ II.