?? Tadabbur Al Quran ??
Surah Al-Anfal: Siri 28
Ayat : 70 – 71 : Tawaran dan Amaran daripada Allah SWT kepada Tawanan Perang Badar .
? Firman Allah serta terjemahannya:
يا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِمَن في أَيديكُم مِنَ الأَسرىٰ إِن يَعلَمِ اللَّهُ في قُلوبِكُم خَيرًا يُؤتِكُم خَيرًا مِمّا أُخِذَ مِنكُم وَيَغفِر لَكُم ۗ وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ (٧٠)
Hai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: ‘Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, niscaya Allah akan memberikan kepadamu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil daripadamu, dan Allah akan mengampunimu.’ Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
وَإِنْ يُرِيدُوا خِيَانَتَكَ فَقَدْ خَانُوا اللَّهَ مِنْ قَبْلُ (٧١)
Akan tetapi, jika mereka (tawanan-tawanan itu) bermaksud hendak berkhianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telah berkhianat kepada Allah sebelum ini.
? Tafsir ringkas:
1. Setelah memberi teguran kepada Rasulullah SAW tentang keputusan berkaitan tebusan tawaran perang, Allah SWT memerintahkan Nabi SAW agar mengajak para tawanan yang ada memeluk dan menerima Islam.
2. Allah SWT menjamin ganjaran yang besar sebagai ganti kepada wang tebusan mereka sekiranya mereka menerima Islam. Allah SWT turut menjamin pengampunan dosa buat mereka.
3. Allah SWT juga memberikan amaran keras sekiranya mereka mengkhianati umat Islam bererti mereka sebenarnya terlebih dahulu mengkhianati dan memusuhi Allah SWT.
? Pengajaran:
1. Peluang untuk menerima hidayah Islam sentiasa terbuka luas. Ajaklah dan sampaikanlah seruan Islam walau kepada sesiapa sekalipun, kerana hidayah itu milik Allah SWT, dan sebagai manusia kita tidak mengetahui siapakah sebenarnya yang memiliki minat dan kecenderungan kepada Islam.
2. Berwaspada dan jauhilah perbuatan khianat terhadap manusia, apatah lagi khianat terhadap Allah SWT. Apabila manusia melanggar hukum Allah SWT, perbuatan tersebut juga adalah perbuatan khianat terhadap-Nya.
3. Berhati-hatilah dan jangan melampau dalam menilai manusia, melainkan apa yang zahir daripada perkataan dan perbuatan zahir mereka. Kita bertindak balas dengan perkara yang zahir sahaja. Perbanyakkanlah berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.
? Rujukan:
Tafsir Ibnu Kathir
Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak
10 Mei 2021 / 28 Ramadhan 1442
#baca&sebar
#siritadabbursurahalanfal