Home Berita PAS Kedah
35
SHARE

MERBAU PULAS, 9 Mei : Pembudayaan amalan berinfaq kini telah disebarluaskan dengan pelbagai medium atau kaedah yang unik dan istimewa.Sehubungan itu, amalan bersedekah telah menjadi teras penting dalam kehidupan seorang muslim demi mendapatkan lipatan ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Setelah kita berjaya meningkatkan kualiti ibadah wajib dan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan  maka kita dianjurkan untuk lebih bersifat dermawan di bulan Ramadhan. Amalan bertadarus al-Quran dan sedekah  merupakan dua ibadah penting dalam usaha kita mendapat syafaat di akhirat kelak. Sesungguhnya, kita perlu terus menyedari antara amalan yang paling dianjurkan oleh Allah SWT ialah bersedekah atau juga dikenali sebagai berinfaq. Ramai dalam kalangan masyarakat kita tidak menyedari akan hebatnya amalan bersedekah yang mampu menjadi penyuluh tatkala menempuhi alam barzakh kelak.

“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.”

(Hadis Riawayat: Thabrani

Sehubungan itu, amalan bersedekah telah menjadi teras penting dalam kehidupan seorang muslim demi mendapatkan lipatan ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Ketinggian nilai infaq di sisi Allah telah memberikan suntikan semangat kepada YB Dato Ustazah Ashah Hj Ghazali Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah merangkap ADUN Merbau Pulas untuk mengandakan program dan aktiviti menyantuni pelbagai lapisan masyarakat bagi menyampaikan sumbangan ramadhan dan aidil fitri.

Sumbangan pada masjid masjid di seluruh DUN Merbau Pulas, sumbangan kepada ahli jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) DUN Merbau Pulas, sumbangan pada guru al-quran, bidan kampung, penggali kubur serta pengurus jenazah yang banyak berjasa pada masyarakat tidak terkecuali kumpulan tadarrus al-quran secara online yang terus istiqamah sepanjang tempoh pkp serta amilin yang mencurah khidmat tanpa mengenal penat, disamping golongan asnaf iaitu fakir, miskin yang lebih awal disantuni.

Beberapa program berkonsepkan infaq telah berjaya dilaksanakan sempena bulan Ramadhan yang mulia. Setiap titis air yang diminum dan kurma yang dimakan oleh penerima akan menjadi asbab terpenting dalam meraih kejayaan berharga sebagai hamba Allah dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Akhir sekali, diharapkan dapat membentuk umat Islam yang bersatu hati, prihatin dan saling mengasihi antara satu sama lain.