KOTA BHARU, 5 Mei: Kerajaan Kelantan telah menerima sumbangan sebanyak RM 1 juta untuk Tabung Bantuan Covid-19 negeri Kelantan. Sumbangan Tabung Serambi Mekah RM 1 juta itu telah disampaikan oleh YABrs En. Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK kepada YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar, di Pejabat Menteri Besar.
Sumbangan Tabung Bantuan Covid-19 daripada PKINK melalui syarikat anak, Infra Quest Sdn Bhd adalah antara lain untuk membantu meringankan kesan daripada pandemik COVID-19 yang dialami oleh seluruh rakyat Kelantan.