Home Berita PAS Kedah

Seruan munajat daripada Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah hindari musibah covid 19

259
SHARE

Oleh ISMAIL HASHIM

KOTA SARANG SEMUT, 5 Mei : Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah meyeru semua umat Islam dinegeri Kedah untuk sama-sama mengambil peluang di 10 malam terakhir ramadhan ini dengan bermunajat pada Allah memohon supaya diangkat bala covid 19 dari bumi khususnya Negeri Kedah.

Munajat ini boleh dilakukan secara berjamaah di masjid, surau, markas atau di rumah masing-masing dengan pematuhan SOP daripada pihak keselamatan.

Hakikatnya wabak ini menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk satu tempoh yang agak lama. Akibatnya, pekerjaan dan pendapatan majoriti anggota masyarakat terjejas teruk, malah kelompok yang berniaga kecil-kecilan seperti peniaga pasar malam, penjaja dan peniaga nasi lemak serta yang bekerja sendiri dan bergaji hari langsung tidak ada pendapatan sepanjang tempoh PKP ini. Ini menyebabkan kelompok yang selama ini hidup umpama kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang menerima kesan langsung yang terlalu dasyat.

Namun kita bersyukur di samping pelbagai bantuan dan inisiatif pihak kerajaan, masih ramai dari kalangan anggota masyarakat yang sudi dan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini. Baik individu mahupun badan bukan kerajaan kelihatan sudah mula mengumpul dana, membeli dan menyumbang barangan keperluan harian serta menjadi sukarelawan dalam pelbagai tugasan.