Home Berita PAS Kelantan

YB Selising santuni ibu tunggal Di PPO

99
SHARE
SELISING, Apr 24 Pagi tadi (kelmarin) YB Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail Adun Selising bersama penghulu PPO En. Azuha menyantuni keluarga Puan Zaiton Jusoh 49, seorang ibu tunggal yang kematian suami tahun lepas.
Puan Zaiton merupakan adik ipar kepada Ustazah Raja Zawiyah Muslimat Dun Selising dan mempunyai 6 orang anak. 3 orang tinggal bersamanya dan 3 lagi tinggal di rumah anak yatim Al- Kauthar, di Kuala Lumpur.
YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail turut menyampaikan sumbangan kepada Puan Zaiton untuk meringankan bebannya. Semoga dengan bantuan dari YB ini sedikit sebanyak menampung kos pembelanjaan sehariannya untuk membeli barangan keperluan dan sebagainya.