Home Berita PAS Melaka

Kalam murabbi DUPNM : Erti ukhuwah

1454
SHARE

UKHUWAH bermaksud persaudaraan. Persaudaraan yang dikehendaki di sini ialah ikatan jiwa dan hati sesama Mukmin atas dasar akidah. Seseorang itu mengasihi saudaranya kerana perintah daripada Allah, dan membenci seseorang itu juga kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara.” (Surah al-Hujurat ayat 10)

Hadis Nabi SAW:

“ Tidak sempuna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(HR BUKHARI DAN MUSLIM)


Syarat-syarat berukhuwah

1) Ukhuwah hanya kerana Allah SWT. Bukan kerana apa-apa melainkan mengharap reda Allah dalam jalinan yang ditaut.

2) Mesti disertai dengan iman dan takwa. Supaya sentiasa terkawal hubungan daripada perkara yang ditegah.

3) Sentiasa mematuhi syariat. Maka tidak boleh berukhuwah seandainya melanggar syariat.

4) Sentiasa bersama ketika senang mahupun susah. Tidak boleh memilih pada waktu-waktu tertentu yang menguntungkan sahaja.


Peringkat-peringkat ukhuwah

Ukhuwah sebenarnya bermacam-macam bentuk. Ada ukhuwah peringkat tinggi dan ada yang rendah. Secara ringkas ia dapat dikategorikan kepada tiga:

1) Peringkat rendah: Bersangka baik dan tidak prejudis terhadap saudara.

2) Peringkat pertengahan: Mengasihi saudara.

3) Peringkat tertinggi: Mengutamakan saudara daripada diri sendiri (ithar).


Kelebihan berukhuwah

1) Wajah-wajah mereka akan diserikan dengan Nur.

2) Diampunkan dosa oleh Allah SWT.

3) Semakin dikasihi Allah SWT.

4) Akan berada di bawah naungan arasy Allah SWT di hari kiamat.

5) Dijanjikan syurga Allah.

6) Mereka akan merasai kemanisan iman.

7) Ditinggikan darjat di syurga dan dimuliakan Allah.

8) Sempurna iman.

9) Dibangkitkan bersama orang yang dicintai.


Kewajipan dalam ukhuwah

1) Mengasihi sebagaimana kita kasihkan diri sendiri.

2) Membantu samada diminta atau tidak.

3) Menggembirakan mereka. Tidak menyakiti hati mereka dan berusaha mengubat kesedihan mereka.

4) Melayan dengan lembut.

5) Menegur kesalahan yang dilakukan kerana mahukan kebaikan untuk mereka.

6) Melindungi sahabat daripada sebarang bahaya.

7) Berdoa terhadapnya sentiasa.

Anas RA menyatakan, Nabi SAW akan bertanya sekiranya melihat seseorang sahabat tidak hadir ke masjid, apakah khabar mereka. Sekiranya mereka sakit, baginda akan mengubati. Sekiranya mereka musafir, baginda akan mendoakan. Sekiranya mereka ada, baginda akan menziarahi.


Cara merapatkan ukhuwah

1) Menyatakan rasa kasih sayang kepada sahabat. Seorang lelaki datang menemui Rasulullah menyatakan sayangnya beliau terhadap seseorang.

2) Banyakkan ziarah dari semasa ke semasa.

3) Memberi ucapan tahniah atau ucapan-ucapan yang baik serta memberi hadiah sekiranya ada peristiwa yang baik.

4) Memberi perhatian dan sokongan dalam menunaikan impian sahabat.

5) Menunjukkan simpati dan mengucapkan takziah atas kemalangan yang menimpa.

6) Sekiranya berpisah, hendaklah meminta rakannya berdoa kepadanya.

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka
• YDP PAS Kawasan Masjid Tanah

PAU USTAZ
Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113

TEPEN FROZEN YONG TAU FOO
Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera – Bahrum : 011-16964842