PADANG TERAP – Pada tarikh 25 Januari 2021, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid diiringi oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Habibullah Salleh telah membuat satu laporan polis ke atas individu yang bernama Zunar.
Zunar telah memuat naik lukisan kartun dalam halaman Facebook Zunar yang memberi gambaran buruk serta mengfitnah YAB Menteri Besar Kedah. Tindakan tersebut adalah dikira melampau dan perlu diambil tindakan segera.
“Semoga pihak Polis mengambil tindakan keatas pemilik akaun tersebut dibawah Akta Hasutan,
“Harapan kami semoga pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut lunas undang -undang yang ada”, berkata Ustaz Nurul Amin Hamid yang juga selalu Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Terap setelah membuat laporan itu tadi.