Home Berita PAS Johor

PASTI Kulai melangkah maju, buka cawangan baharu

913
SHARE

Oleh : Abu Hadif

KULAI, 24 Jan: PASTI Kawasan Kulai bakal membuka sebuah lagi premis PASTI Al-Hikmah yang ke 14 di Taman Dawani Senai, bagi sesi persekolahan tahun ini.

Demikian yang dinyatakan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Kulai, Rahimi Muhamad ketika ditemui semalam.

Rahimi juga berkata sehingga semalam seramai 30 orang pelajar telah mendaftar untuk kemasukan baharu di PASTI ini.

Menurut beliau, kerja-kerja pengubahsuaian dan pembersihan sedang giat dilaksanakan untuk menambahkan keceriaan yang dikelolakan oleh pengurus premis PASTI tersebut, Hafiz Ghani.

Tambah Rahimi, aktiviti gotong – royong pembersihan juga telah dilaksanakan bersama oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulai dengan bantuan sokongan daripada ahli PAS Cawangan Senai seawal jam 9 pagi semalam.

Tambah beliau lagi, antara aktiviti yang dijalankan ialah memotong pokok, menebas rumput, mengecat dinding luar dan dalam premis, mencuci lantai dan bilik air di samping setiap sularelawan ini sentiasa diberi peringatan agar mematuhi serta menjaga prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Beliau mewakili pihak PASTI Kawasan Kulai juga mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sumbangan daripada semua pihak yang terlibat.

“Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala penat lelah dan pengorbanan para amilin. Didoakan semua agar beroleh istiqamah dan mendapat keredaan ilahi.

“Semoga sedikit usaha ini, dapat menyumbang untuk membangunkan premis sebagai pusat pendidikan yg digunakan untuk mentarbiah anak-anak sebagai pelapis bagi menggalas tugas dakwah suatu hari nanti, Insya-Allah” kata beliau mengakhiri kenyataannya.

Untuk rekod PASTI Kawasan Kulai menyasarkan penambahan pelajar sehingga 1,200 orang pada tahun ini yang ditampung dengan 14 buah premisnya di dalam daerah Kulai.