Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Rakyat Positif Terima Proklamasi Darurat

643
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin menyuarakan rasa bersyukur dengan maklumbalas positif dari rakyat selepas perlaksanaan proklamasi darurat yang telah diisytiharkan pada 12 Januari lalu. Rakyat ternyata tenang dengan keputusan dari Yang di-Pertuan Agong kerana yakin Tuanku sangat mengutamakan kesejahteraan dan kesenangan hidup rakyat.

2. Keadaan ini dapat dilihat apabila bantahan dari rakyat jelata tidak kelihatan di mana-mana media sosial mahupun bantahan di jalanan. Malahan dari undian yang diperolehi dari telegram Majlis Keselamatan Negara juga 84 peratus menyokong perlaksanaan proklamasi darurat.

3. Rakyat ternyata mahu bekerjasama dalam usaha melandaikan graf Covid 19 yang menaik sejak awal bulan Januari tahun ini. Pelbagai usaha dilakukan bersama dalam menghadapi masalah akibat pandemik ini.

4. Pengumuman kerajaan berkenaan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI juga berjaya menambat hati rakyat agar terus tenang berdepan dengan Perintah Kawalan yang dikenakan seluruh Malaysia kecuali Sarawak. Ternyata biarpun diberi kuasa yang besar, kerajaan tidaklah menggunakannya untuk menindas rakyat.

5. Semoga kita semua sama berusaha mengatasi bencana Covid 19 yang melanda negara ini sebagai sebuah pasukan. Apa yang perlu kita melakukan tugas yang diberikan kepada kita sebaiknya demi kebaikan bersama tanpa mementingkan diri. Sifat mementingkan diri dan kelompok sendiri boleh menggagalkan usaha ini.

#MalaysiaPrihatin
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
24 Januari 2021 | 11 Jamadilakhir 1442H