Home Artikel PAS Melaka

Coretan Kak Wirda : Pengajaran menakutkan daripada Malayan Union

218
SHARE

اللهم ارحمنا بالقرآن واجعله لنا إماما ونورا وهدى ورحمة. اللهم ذكرنا منه ما نسينا وعلمنا منه ماجهلنا وارزقنا تلاوته آناء الليل وأطراف النهار واجعله لنا حجة يا رب العالمين.

الفاتحة.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

CATATAN ‘Hari ini dalam sejarah’ yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia menyatakan bahawa pada 22 Januari 1946 British telah mengeluarkan perintah penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu.

Pemaksaan dikenakan terhadap para Sultan untuk menerima penguasaan penuh British ke atas pemerintahan negeri-negeri, dan Sultan hanya sebagai Ketua Agama dan adat istiadat dalam kawasan istana sahaja.

Sangat menakutkan!

Sewenang-wenangnya sahaja bangsa lain tamak untuk menguasai tanahair bangsa Muslim berketurunan Melayu di Tanah Melayu ini. Mungkinkah usaha seumpama ini masih ada sehingga kini meskipun dengan corak yang lain, atas matlamat yang lebih kejam lagi?

“Ya Allah, Selamatkanlah akidah dan iman kami. Tolonglah peliharakan tanahair watan kami yang sejak ribuan tahun dahulu merupakan tempat terlaksananya pemerintahan Khilafah Islam yang teguh, bermaruah dan digeruni musuhMu dan musuh kami. Amiin.”

Jika dilihat pada pernyataan ‘Kertas Putih’ tersebut, kelihatan seperti Malayan Union takkan campur tangan dalam urusan agama.

Malangnya yang tersirat adalah bila British sudah campur tangan urusan pentadbiran negeri, bermakna kuasa agama pada Sultan Negeri yang diuar-uarkan itu hanya tinggal atas kertas sahaja. Kelak, entah ke mana ghaibnya kecintaan bangsa Melayu bagi memperteguhkan agama dan mengkualiti amalan hidup beragama.

“Ya Allah, bumi ini adalah bumiMu, tempat sujud segala makhlukMu yang beriman, patuh dan setia. Tolonglah kami membangkitkan semangat jihad dan syahid dalam sanubari kami bersandarkan pengetahuan dan kecintaan kami KepadaMu dan Rasulullah SAW. Amiin.”

Rakan FB Kak Wirda.

Jika bukan kerana penolakan bangsa Melayu terdahulu terhadap kerakusan penjajah yang bertopengkan alasan kemajuan, maka lebih cepat agaknya pemikiran Melayu Muslim di Semenanjung Tanah Melayu tersembam dalam lumpur sekularime.

Al-Fatihah buat para pejuang maruah bangsa dan agama dari kalangan ulama dan umarak.

Meskipun nenek moyang kita ramai yang menuntut ilmu Fardu Ain dan mengaji Al-Quran cuma di surau-surau dan pondok pengajian Islam, namun rasa cinta mereka terhadap agama dan patriotisme tanah watan sangat tinggi. Kehidupan mereka bertunjangkan akidah, bersendikan syarak dan berbumbungkan akhlak dan tasawuf. Hidup sentiasa bersama ulama dan para guru serta mewarisi kehidupan yang harmoni dan bersatu-sepakat. Alhamdulillah.

Malangnya, seiring dengan perkembangan zaman millenium ini, maka semakin laju pula buih sekularisme dan ideologi non-Islam meresap dalam minda dan cara berfikir bangsa berdaulat ini. Alangkah malangnya bila syahadah Kalimah Tauhid belum mampu mengekang nafsu keduniaan yang dikerah bagi merebut kekuasaan, pangkat dan kesenangan.

Jom wahai bangsaku!

Meskipun tiada Malayan Union lain diwartakan di tempat kita ‘menanam padi’ ini, usah kita leka untuk membina semula jati diri bangsa yang bersatu atas Panji Islam dan Al-Haq.

Allahuakbar!
Berdoalah!
Bermujahadahlah!

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.
الفاتحة.

#MalaysiaBumiBerdaulat
#SultanSimbolMelayu_IslamWujudDisini
#IslamBeriKeadilanPadaDuniaSeluruhnya
#Allahuakbar