Home Berita PAS Melaka

Rencana: Ziarah mahabbah Pengerusi PTPTN ke SRI Ahmadiah

518
SHARE

 

Oleh : Shawal Ahmad

PENGERUSI Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan telah melakukan ziarah mahabbah ke Sekolah Rendah Islam (SRI) Ahmadiah Telok Mas.

Rombongan mereka tiba pada jam 5.00 petang semalam yang diiringi dengan Ketua Bahagian Bersatu Kawasan Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim bersama AJK Bahagian yang lain dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Zuhaidi Yusof bersama AJK Lembaga Pengurusan Sekolah beserta AJK PAS Kawasan Kota Melaka yang lain.

Penerangan dan sesi soal jawab di antara SRI Ahmadiah dan PTPTN berjalan dengan lancar. Penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh SRI Ahmadiah dari segi pembangunan infrastruktur perlu dilakukan sesegera yang mungkin.

SEKOLAH Rendah Islam (Dar) di bawah selian Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu ini wujud sejak lebih 20 tahun lalu. Ia telah diiktiraf oleh semua golongan masyarakat.

Penekanan dalam pendidikan baik dari sudut pengisian atau pun dari sudut bagaimana pendidikan dan tarbiah, pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di peringkat sekolah membina dan membentuk sahsiyah anak-anak pelajar ini telah diperakui di peringkat dalaman dan luaran.

Walaupun diakui kelemahan dan kekurangan SRI Ahmadiah dalam menguruskan institusi pendidikan ini dari sudut dana dan kewangannya untuk mengurus imbuhan (gaji) guru-guru yang mungkin tidak setimpal dengan tugas dan pengorbanan mereka.

Semoga mutu dan kualiti pembelajaran anak-anak SRI Ahmadiah dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi untuk tempoh akan datang dalam membentuk jati diri Muslim yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Penulis adalah Wartawan Rakyat Melaka (WARM)