Home Artikel PAS Melaka

34 murid keluarga B40 terima sumbangan ‘Back To School’ PAS Durian Tunggal

212
SHARE

Oleh: Ahmad Kautsar Md Ali

HANG TUAH JAYA, 11 Januari: Seramai 34 murid terdiri daripada anak-anak golongan B40 telah menerima sumbangan peralatan sekolah dalam program ‘Back To School’ anjuran Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Durian Tunggal.

Sumbangan berupa beg, pakaian dan lain-lain peralatan dan keperluan sekolah disampaikan dalam program ini yang berlangsung di Pasaraya MyDin MITC Ayer Keroh, di sini, semalam.

Antara pimpinan PAS kawasan yang hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin serta Pengarah JPrD PAS Dun Durian Tunggal, Azman Ahmat yang bertindak sebagai pengarah bagi program ini.

Program turut disertai oleh Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Alor Gajah yang lain, ketua-ketua PAS cawangan dan Ahli Jawatankuasa JPrD PAS Dun Durian Tunggal.