Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 3 Jan : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman telah mengedarkan kit sumbangan makanan untuk petugas-petugas SWM Environment yang sedang bertugas sekitar Pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara dan Sungai Tuang.
Sumbangan ini melibatkan seramai 10 orang pekerja SWM Environment dari kalangan pelbagai bangsa iaitu Melayu dan India.
Kit sumbangan berbentuk beras dan makanan asas ini diedarkan di perkarangan kedai Mak Jah, Pantai Pengkalan Balak pada 31 Disember lepas.
Menurut Ustaz Imran, program ini dibuat bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dalam pasca Covid-19 dan juga menyambut tahun baharu 2021.
Selain menerima kit sumbangan, mereka juga dijamu makan tengah hari di kedai makan berdekatan.