Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 10 Dis : Lima kes positif baharu dikesan di seluruh Negeri Melaka seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.
Menurut laporan itu tiga kes dikesan di Daerah Melaka Tengah iaitu satu kes di Mukim Kandang daripada kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kes positif berumur 28 tahun, satu di Mukim Batu Berendam daripada kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kes positif Kluster Bakti Negeri Sembilan berumur lapan tahun dan satu lagi kes di Mukim Krubong daripada kes jangkitan tempatan import B saringan kontak rapat Kluster Seruling Negeri Selangor berumur 26 tahun.
Tambah laporan itu lagi, dua kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah iaitu satu kes di Mukim Melaka Pindah daripada kes jangkitan tempatan import B saringan kontak rapat kes positif Kluster Cempaka Negeri Johor berumur 40 tahun dan satu kes lagi di Sungai Baru Ulu kes jangkitan tempatan saringan tempat kerja berumur 27 tahun.
Tambah laporan itu lagi sebanyak 19 kes masih dirawat di Hospital Melaka, tiada kes di bawah rawatan ICU dan juga dua kes sembuh baharu dilaporkan untuk hari ini.
Laporan itu juga menyatakan tujuh mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu Mukim Sungai Baru Ulu (2 kes), Batu Berendam (1 kes) Bukit Piatu (3 kes), Kandang (2 kes), Klebang Kechil (1 kes), Tanjung Minyak (5 kes), dan Selandar (1 kes).
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2234 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 1428 kes dan masih diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 274 kes.
Laporan itu juga menyatakan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Labuan dan Perlis.