????????? ?????
????? ?????? ??? ?????? ?????
27 November 2020 | Jumaat.
Walaupun Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) berjaya diluluskan di peringkat dasar setelah lebih suara menyokong namun usaha untuk menolak bajet yang menguntungkan rakyat ini amat mengecewakan banyak pihak.
Lebih mengecewakan rakyat Kedah apabila usaha menolak segala perancangan kewangan, untuk rakyat itu bermula dari cadangan Ahli Parlimen dari Kedah sendiri.
Cubaan untuk menolak belanjawan ini dengan 13 orang Ahli Parlimen pembangkang bangkit apabila adanya usul undian belah bahagi dibuat oleh Mahfuz Omar [PH-Pokok Sena] dan usaha ini gagal kerana tidak mencukupi bilangan minima 15 ahli Dewan Rakyat.
Hal ini kerana untuk membuat usul belah bahagi memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Dewan Rakyat.
Sebenarnya pembangkang sendiri tidak dapat menolak pelbagai keuntungan untuk rakyat menerusi beberapa inisiatif baharu yang dibentangkan dalam penggulungan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Khamis lepas.
Usaha mereka adalah terpinggir dan tidak disokong oleh majoriti pembangkang menunjukkan bahawa langkah mereka sangat tempang, gopoh dan kelihatan berniat provokatif.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ingin mengingatkan Pakatan Harapan Negeri Kedah terutamanya agar meningkatkan prestasi kerja untuk rakyat dan membuat tindakan matang pada tempatnya bukan membangkang membuta tuli.
Misalnya tindakan pelik 13 Ahli Parlimen termasuk Pakatan Harapan negeri Kedah baru-baru ini.
Tindakan menolak Bajet seperti yang dilakukan oleh 4 MP Kedah yang terdiri daripada Tun Dr Mahathir, YB Amiruddin Hamzah, YB Mukhriz Mahathir dan YB Mahfuz Omar boleh dianggap mengenepikan hak petani, penoreh, nelayan dan pekerja kerajaan dan swasta di Kedah itu sendiri.
Justeru kami menggesa rakyat Kedah menolak 4 MP ini dan calon-calon daripada parti mereka wakili jika mereka dicalonkan bertanding dalam PRU akan datang.
“Memimpin Negara”
YANG BENAR,
????? ???? ????
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Demi Islam
Memimpin Negara
Islam Memimpin Perpaduan
Dewan Pemuda PAS Kedah
Sektor Komunikasi & Strategik DPPNK