Home Artikel PAS Melaka

Syukur Bajet 2021 diluluskan peringkat dasar – Bakri

424
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 27 Nov : “Alhamdulillah, kita mengucapkan syukur
ke hadrat Allah swt kerana pembentangan Bajet 2021 telah diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, semalam,” kata Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

Jelasnya, meskipun sebelum ini timbul pelbagai spekulasi terutamanya daripada pihak pembangkang untuk menolak usul Bajet 2021 ini, namun akhirnya semalam dapat dilihat hampir semua Ahli Parlimen bersatu hati demi menjaga kepentingan rakyat.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PN yang bersikap terbuka mendengar dan mengambil pandangan- pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen yang berbahas sama ada di pihak kerajaan atau pun pembangkang,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Melaka itu menambah lagi, semangat mengutamakan kepentingan rakyat berbanding ideologi politik sangatlah dinanti-nantikan oleh rakyat apa lagi negara sedang dilanda wabak Covid 19 yang mengakibatkan ramai rakyat yang terkesan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang berbahas dengan hebat dan demi rakyat mereka turut menyokong belanjawan ini dan sikap ini harus dipuji.

“Saya juga berharap semangat yang sama dapat ditunjukkan di dalam perbahasan di peringkat kementerian supaya dasar belanjawan yang telah diluluskan dapat dilaksanakan oleh Kementerian-kementerian berkaitan dengan sebaiknya.

“Diharapkan belanjawan ini nanti dapat diagih secara telus dan ‘transparent’ kepada rakyat jelata tanpa mengira warna kulit dan agama serta latar belakang politik,” jelasnya ketika diminta untuk mengulas tentang Bajet 2021 sebentar tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)