Home Berita PAS Melaka

Misi bantuan mangsa banjir Durian Tunggal diteruskan

529
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 23 Nov : Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Durian Tunggal meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan menziarahi sebanyak 15 buah rumah yang terkesan untuk diberi sumbangan, di Kampung Bukit Tambun, di sini, pada pagi semalam.

Misi yang diketuai Pengarahnya, Azman Ahmat ini turut disertai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin.

Menurut salah seorang penduduk, peristiwa banjir sebegini berlaku tiga kali sepanjang tempoh 26 tahun beliau tinggal di sini dan ini merupakan paras air tertinggi yang pernah dicatatkan.

“Sedang tidur, sedar-sedar baju bahagian belakang badan basah. Rupa-rupanya rumah sudah dinaiki air,” ujar salah seorang nenek yang tinggal bersama anak saudaranya menjelaskan kejadian yang berlaku pada awal pagi 20 November lepas.

Pengarah JPRD turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang melalui derma kilat yang telah dibuat melalui ahli-ahli PAS di kawasan Alor Gajah.

Program turut dihadiri oleh Ketua Cawangan PAS Kampung Bukit Tambun, Ghazali Abu Mansor dan beberapa Ahli Jawatankuasa JPRD PAS Durian Tunggal.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)