Home Berita PAS Melaka

Tazkirah pagi Jumaat : Niat pun tiada?

1210
SHARE

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيم

Al-Baqarah 2:138

صِبْغَةَ ٱللَّهِۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبْغَةًۖ وَنَحْنُ لَهُۥ عَٰبِدُونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah: (celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat”.

Al-Ma’idah 5:3

ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًاۚ

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Al-Baqarah 2:208

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Assalamualaikum w.b.t. Jujurnya saya hairan dengan manusia yang mengatakan bahawa dia cintakan Allah dan Rasul-Nya nabi Muhammad s.a.w tetapi dalam hatinya langsung tidak ada niat untuk melihat Islam memerintah apatah lagi berusaha ke arah itu sedangkan dia mengucap dua kalimah syahadah, dia mengaku Islam itu sempurna, islam itu benar, Al Quran itu benar dan dia juga mengaku yang Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Adil, Maha Mengetahui dan mengakui segala sifat agung Allah s.w.t tetapi tiada niat untuk melihat Islam memerintah. jadi apa yang diakuinya itu?

Tidak ada orang yang lebih hebat ibadahnya, solatnya, zikirnya, tasawufnya, dakwahnya, akhlaknya daripada nabi Muhammad s.a.w. tetapi nabi Muhammad s.a.w berdakwah dan berjuang sehingga tertegaknya pemerintahan Islam. Para sahabat mati syahid dalam peperangan dalam mempertahan dan menegakkan Islam. Sedarlah wahai umat Islam, Allah menurunkan Islam sebagai panduan dan peraturan hidup yang sempurna dan sempurnanya Islam ini datangnya daripada dzat yang Maha Sempurna iaitu Allah s.w.t. Maka adalah suatu perkara yang pelik jika kita menolak, tiada niat atau tidak mahu sesuatu perkara yang sempurna. Jangan kita terpengaruh dengan sekularisme yang memisahkan penghayatan Islam daripada orang Islam sehingga tanpa kita sedari kita hanya mengambil sebahagian daripada ajaran Islam dan bukan secara keseluruhannya.

Pastikan paling tidak kita mempunyai niat untuk melihat Islam memerintah kerana jika orang Islam sendiri tiada niat untuk melihat Islam memerintah maka periksalah balik apa yang engkau faham mengenai Islam sebagai Ad-Din dalam kehidupan.

Apa yang baik itu datangnya daripada Allah. Apa yang lemah dan kurang itu saya memohon ampun daripada Allah. Wallahu a’lam. wassalamualaikum w.b.t.

At-Taubah 9:38

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلْتُمْ إِلَى ٱلْأَرْضِۚ أَرَضِيتُم بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا مِنَ ٱلْءَاخِرَةِۚ فَمَا مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْءَاخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ

“Jika sekiranya kamu tidak keluar berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah menukar kaum yang lain memerintah kamu.”

(at-Taubah: 39)

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

#KitaJagaKita
#DemiIslam

USTAZ MOHD. SHAFIQ ISMAIL
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Tangga Batu


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)