Home Berita PAS Melaka

Ameerah Care santuni pengundi muda

504
SHARE

Oleh : Najua Roslan

ALOR GAJAH, 30 Ogos : Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah melalui program Ameerah Care telah menjalankan program ziarah B40 yang telah berlangsung di Durian Tunggal di sini semalam.

Program yang memberi ruang kepada muslimat muda untuk mengenalpasti pengundi muda dan mendalami masalah mereka dari segi kewangan dan kesihatan ini telah berjaya menziarahi lima buah rumah seperti yang telah dirancang.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM), Rozita Mohd Saad, ahli jawatankuasa Ameerah Negeri Melaka, Norain Ismail, Setiausaha DMPNM, Nurul Eefah Awang dan guru-guru PASTI dalam kawasan Alor Gajah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)