Home Artikel PAS Perlis

Program Kacau Bubur Asyura Eratkan Muafakat Nasional DUN Bintong

455
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Ketika perpecahan dan pergolakan menghantui Pakatan Harapan, perpaduan dan keharmonian terus mewarnai Muafakat Nasional.

Saban hari, pelbagai program dan aktiviti diadakan secara bersama bagi mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin.

Di DUN Bintong misalnya, satu program mengacau bubur Asyura melibatkan kepimpinan serta ahli PAS dan UMNO setempat telah diadakan pagi tadi.

Dihadiri seramai 100 orang, sebanyak enam kawah bubur Asyura telah disediakan di Kampung Nesam dekat sini pagi tadi.

Menurut Pengarah DUN Bintong Jamil Kamis, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, program kali ini diadakan di kawasan kampung bertujuan mendekatkan Muafakat Nasional dengan penduduk setempat.

“Nama Muafakat Nasional perlu berada dekat di hati rakyat, maka dengan sebab itulah kami mengambil keputusan untuk mengadakan program sebegini di luar daripada markas dan premis parti.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada masyarakat pada hari ini sangat baik menunjukkan penerimaan mereka terhadap Muafakat Nasional adalah positif,” katanya ketika ditemui di sini.