Home Kenyataan Media PAS Sabah

Asah teknik penulisan persediaan PRN Sabah

543
SHARE

Oleh : Sukriadi Osman
21 Ogos 2020

BATU SAPI : Bengkel Penerangan dan Media Baharu telah diadakan dekat sini, semalam bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli PAS Zon Sandakan sebagai persediaan menghadapi PRN Sabah.

Lebih 50 orang peserta bengkel yang terdiri daripada AJK Penerangan dan Media Baharu serta Wartawan Rakyat diberi penerangan berkaitan penulisan berita dan naratif di media sosial.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain yang mengisi slot penulisan ini memberi beberapa tips untuk menulis secara gramatis dan berkesan.

“Menulis merupakan satu proses yang berterusan dan ianya perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk menambah kemahiran yang boleh memperbaiki mutu sesebuah penulisan,” pesannya.

Tambahnya lagi, bengkel penulisan seperti ini diharap dapat mengasah bakat golongan muda dalam bidang penulisan seterusnya menceburi bidang kewartawanan.

Sesi slot beliau turut diisi dengan latihan dalam kumpulan dengan membahagikan peserta kepada tiga kumpulan bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran peserta.