Home Berita PAS Melaka

PASTI An-Nuriah terima sumbangan Adun Sungai Udang baiki premis dilanda ribut.

1471
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 10 Julai : PASTI An-Nuriah Sungai Udang telah menerima sumbangan dari pihak Japerun Sungai Udang untuk membaiki kerosakan bumbung premis PASTI yang rosak ditimpa ribut baru-baru ini.

Sumbangan bernilai RM1000 itu telah disampaikan sendiri oleh Adun Sungai Udang, YB Dato Seri Idris Haron kepada Guru Besar PASTI An-Nuriah, Ustazah Rokiah dalam satu majlis ringkas di Pejabat Japerun Sungai Udang di sini hari ini.

Menurut Rokiah, beliau bersyukur dengan sumbangan ini kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos dalam membaik pulih bumbung yang rosak tersebut.

Turut hadir dalam upacara penyampaian sumbangan ini adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tangga Batu, Mohd Redha Mahadi dan Pengarah MTD Sungai Udang, Mahadi Md Dahan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)