Home Artikel PAS Melaka

AMAL Hang Tuah Jaya bantu bersihkan rumah Guru PASTI dilanda banjir

358
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

KOTA MELAKA, 10 Julai : Jabatan Amal Kawasan Hang Tuah Jaya telah membantu membersihkan rumah seorang guru dari PASTI Mahabbah, Hang Tuah Jaya yang dilanda banjir baru-baru ini.

Operasi pembersihan ini di ketuai oleh Komandan Amal Kawasan Hang Tuah Jaya, Mohd Luqman Abu Bakar di rumah cikgu Siti Rahmah Ab Karim di Kampung Jambatan Duyong di sini semalam.

Menurut Luqman, operasi pembersihan ini dilakukan bagi meringankan beban guru tersebut serta ahli keluarganya kerana rumahnya dilanda banjir secara keseluruhan.

Sementara itu cikgu Siti Rahmah mengucapkan ribuan terima kepada semua anggota Jabatan Amal yang datang membantu membersihkan rumah beliau yang teruk dilanda banjir itu.

“Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang berganda kepada semua anggota Jabatan Amal yang membantu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.” Ujar beliau.

Turut hadir bersama membantu Penolong Setiausaha-3 Pemuda PAS Negeri Melaka, Faisal Fadi, Pengerusi PASTI Kawasan Hang Tuah Jaya, Ahmad Muzaffar, Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan Hang Tuah Jaya, Anas Abdullah dan Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Najib Faiz.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)