Oleh : Anas Abdullah
KOTA MELAKA, 1 Julai : Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Haji Ahmad Bilal Rahudin membuat tinjauan ke beberapa buah PASTI di sini hari ini.
Antara PASTI yang sempat ditinjau adalah PASTI Ahmadiah-2 Telok Mas dan PASTI Al-Ikram Umbai.
“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di setiap peringkat dalam proses untuk pembukaan semula PASTI yang bermula hari ini.” Kata beliau.
Tambah beliau lagi, hasil tinjauan ke PASTI hari ini berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Turut hadir bersama adalah Pengerusi PASTI Kawasan Kota Melaka Ustaz Zulhilmi Suboh.