Home Kenyataan Media PAS Kedah

Laporan polis Dewan Pemuda PAS Kedah terhadap penghina Jata Negara

1432
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan membuat satu laporan polis terhadap individu yang terlibat mempromosikan dan menjual buku “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” yang disunting oleh penulis bernama Kean Wong.

Perbuatan mengubah Jata negara tersebut menunjukkan niat untuk menghina Jata Negara, mendatangkan kebencian,membangkitkan rasa tidak puas hati kepada Yang Di Pertuan Agong dan Kerajaan dan jelas merupakan suatu penghinaan terhadap Yang Di Pertuan Agong dan institusi DiRaja.

Oleh itu, insha allah satu laporan polis akan dibuat pada :-

?Hari : Selasa
?Tarikh : 30 Jun 2020
?Masa : 12:00 tengahari
?Tempat : IPD Kota Setar.

Yang Benar,

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah