Home Artikel PAS Melaka

‘Pengantin PKP Melaka’ dirai

684
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

HANG TUAH JAYA : Dewan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya telah menyerahkan hadiah kepada ‘pengantin PKP’ iaitu Mohamad Syafiq Husni Ramli dan pasangannya Nur Fatimah Yusuf di sini semalam.

Hadiah ini diserahkan oleh Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Kawasan Hang Tuah Jaya, Anas Abdullah sebagai tanda kesyukuran dan meraikan perkahwinan mereka berdua.

Tambah beliau lagi, ia juga sebagai tanda terima kasih atas sumbangan yang diberikan kepada Syafiq sepanjang bersama Pemuda kawasan mahupun di semua peringkat sehingga hari ini.

Syafiq semasa menerima hadiah tersebut melahirkan rasa terharu dan berbesar hati dengan penghargaan itu.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda Kawasan serta sahabat-sahabat yang telah bersusah payah untuk memberikan hadiah ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.” Ujar beliau.

Pasangan pengantin ini selamat diijab kabulkan pada 4 Jun lalu di Kampung Berangan Nam, Umbai, Melaka semasa Malaysia masih di dalam Fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)