Oleh : Anas Abdullah
KOTA MELAKA : Anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Melaka dengan kerjasama anggota JAM Kawasan Kota Melaka telah mengadakan gotong-royong dan pembersihan sekitar Dataran Amal di sini semalam.
Aktiviti gotong-royong dan pembersihan ini diketuai oleh Komandan Amal Kawasan Kota Melaka, Husin Mohd Salleh.
“Aktiviti ini dilakukan oleh kerana Dataran Amal adalah tempat tumpuan orang ramai dan permintaan tinggi untuk mengadakan sebarang program dan aktiviti.” ujar beliau.
Turut bersama membantu dalam aktiviti ini adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Melaka, Zulhilmi Suboh.
JAM sebagai sebuah badan yang mengendalikan aktiviti bantuan dan kemasyarakatan turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk dana pengurusan dan aktiviti amal.
Kepada yang ingin membuat sumbangan, boleh terus ke :
• Akaun bank : MAYBANK(554110521184)
• Atas nama : JAMNM RESPON ENT.
Segala sumbangan dan keprihatinan anda amat dihargai dengan ucapan terima kasih.