Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (27 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

881
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 27 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam menjadikan semalam hari ke tujuh berturut-turut Melaka tidak merekodkan kes baharu semenjak 22 Jun lepas.

Tambah laporan itu lagi sebanyak satu kes sembuh direkodkan semalam di Mukim Bukit Baru dalam Daerah Melaka Tengah, menjadikan jumlah kes aktif yang masih dirawat kini hanya tinggal lapan orang pesakit.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 8 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 4 orang

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 243 orang
Sedang dirawat : 8 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Duyong : 1
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


 

Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 27 Jun.

Menurut KKM terdapat 10 kes baharu direkodkan semalam dengan empat darinya adalah dari kes import dan enam adalah dari kes tempatan di mana daripada enam kes tempatan itu empat melibatkan warganegara dan dua lagi bukan warganegara.

Bagi kes jangkitan tempatan tiga kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tambah KKM lagi, 14 pesakit telah sembuh dan discaj semalam menjadikan jumlah kes discaj keseluruhan adalah sebanyak 8,308 kes atau 96.43 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8616
Kes Baharu : 10
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 187
Kes ICU : 2
Kes Sembuh Baharu : 14
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8308
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)