Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (26 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

957
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 26 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam menjadikan semalam hari ke enam berturut-turut Melaka tidak merekodkan kes baharu semenjak 22 Jun lepas.

Tambah laporan itu lagi sebanyak empat kes sembuh direkodkan semalam, kesemuanya dari kes import menjadikan kes aktif yang masih dirawat kini hanya tinggal sembilan orang pesakit.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 9 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 4

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 4
Kes sembuh (keseluruhan) : 242 orang
Sedang dirawat : 9 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Baru : 2
Duyong : 1
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 26 Jun.

Menurut KKM sebanyak enam kes baharu dilaporkan semalam melibatkan lima kes import dan satu kes tempatan di mana daripada lima kes import itu empat adalah warganegara dan satu warga asing sementara satu kes jangkitan tempatan itu melibatkan warganegara.

Tambah KKM lagi seramai 23 orang pesakit telah sembuh dan discaj semalam menjadikan kadar kesembuhan meningkat kepada 96.37 peratus.

KKM juga melaporkan sebanyak 191 kes aktif yang masih dirawat semalam menjadikan buat pertama kalinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kes aktif adalah kurang daripada 200 kes.

Tiada kematian baharu dilaporkan KKM semalam menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 121 kematian atau 1.41 peratus dan merupakan antara yang paling rendah di dunia.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8606
Kes Baharu : 6
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 191
Kes ICU : 2
Kes Sembuh Baharu : 23
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8294
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)