Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (21 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1077
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 21 Jun.

Menurut laporan itu terdapat satu kes baharu direkodkan semalam di Mukim Bandar Melaka, Daerah Melaka Tengah setelah tujuh hari berturut-turut Melaka tidak merekodkan kes baharu Covid-19 sejak 13 Jun lepas.

Laporan itu juga menyatakan terdapat satu kes sembuh baharu direkodkan semalam di Mukim Bukit Katil Daerah Melaka Tengah menjadikan baki kes aktif keseluruhan ialah sebanyak 21 kes.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 21 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 16

Kes baharu : 1
Kes sembuh baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 229 orang
Sedang dirawat : 21 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Baru : 2
Duyong : 1
Bandar Melaka : 1 (kes baharu)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 20 Jun.

Menurut KKM sebanyak 16 kes baharu direkodkan semalam melibatkan tiga kes import dan 13 penularan tempatan di mana daripada 13 kes penularan tempatan itu itu empat melibatkan warganegara dan sembilan lagi bukan warganegara.

Tambah KKM lagi, daripada 13 kes melibatkan bukan warganegara, enam kes direkodkan di Negeri Sembilan, dua di Selangor dan satu di Sabah sementara bagi empat kes warganegara pula dua dilaporkan di Sarawak dan masing-masing satu di Johor.

Sebanyak 10 kes discaj dilaporkan KKM semalam menjadikan jumlah kes discaj keseluruhan adalah sebanyak 8,156 kes.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8572
Kes Baharu : 16
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 295
Kes ICU : 3
Kes Sembuh Baharu : 10
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8156
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)