Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wilayah Sumbang RM15k

817
SHARE

PAS Wilayah Sumbang RM15k.

Tanjung Malim – Maahad Tahfiz Al Ulum & Ad Din Nur Ramadhan telah menerima sumbangan bejumlah RM15,600.00 19 Jun lalu.

Dana berkenaan dikumpul dengan kerjasama daripada Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Wilayahg Persekutuan (BPPWP), Dewan Muslimat Pas Wilayah Persekutuan (DMPWP), Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan (LKKPWP), PAS Setiawangsa dan PAS Kawasan Lembah Pantai.

Sumbangan ini bertujuan membantu pusat tahfiz berkenaan membina semula jambatan gantung yang menjadi satu-satunya penghubung untuk merentasi sungai ke kawasan daratan yang telah rosak akibat banjir kilat yang melanda kawasan tersebut.

Antara pimpinan dan ahli jawatankuasa yang hadir menyampaikan sumbangan di sana ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya, Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan,g Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Bendahari PAS Wilayah Persekutuan, En Fauzi Abu Bakar, Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan, Hj Abu Bakar Sidek, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai, Hj Ahmad Sathola Khan, Bendahari PAS Kawasan Setiawangsa, Hj Abdul Kadir Yahya serta AJK LKKWPt dan DMPWP.

Rombongan juga sempat melawat keadaan sekitar Maahad Tahfiz Nur Ramadhan dan berpeluang merasai durian yang diperolehi daripada kebun durian berdekatan.

Ustaz Azhar Yahya dalam ucapannya berkata bahawa maahad tahfiz tersebut telah banyak melahirkan para asatizah dan ulamak oleh itu ianya perlu sentiasa dijaga agar kecemerlangannya dapat dikekalkan serta melahirkan generasi ulamak yang berterusan.

Menurutnya lagi, kunjungan ziarah mahabbah akan terus dibuat pada masa hadapan untuk mengeratkan silaturrahim antara PAS Wilayah Persekutuan dan Maahad Tahfiz Nur Ramadhan.