Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (17 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

868
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 17 Jun.

Menurut laporan itu, tiada kes baharu direkodkan di Melaka semalam.

Laporan itu juga menyebut terdapat dua kes sembuh baharu dilaporkan semalam yang mana kedua-duanya adalah dari kes import menjadikan kes aktif yang masih dirawat tinggal 23 kes.

Laporan itu juga menunjukkan Daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah kekal di dalam zon kuning sementara Daerah Jasin pula kekal di dalam zon hijau.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 23 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 18

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 2
Kes sembuh (keseluruhan) : 227 orang
Sedang dirawat : 23 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Katil : 1
Bukit Baru : 2
Duyong : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 17 Jun.

Menurut KKM terdapat hanya 10 kes baharu dilaporkan semalam dengan semuanya melibatkan penularan tempatan di mana tujuh darinya adalah dari kes melibatkan warganegara dan baki tiga lagi bukan warganegara.

Tambah laporan itu lagi, dari tujuh kes warganegara, lima kes dikesan di Selangor dan masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak sementara bagi tiga kes bukan warganegara pula masing-masing satu kes dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sabah.

Sementara itu terdapat 140 kes sembuh baharu dan discaj dilaporkan KKM semalam menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 7,873 kes menjadikan kadar kesembuhan adalah 92.46 peratus.

Tiada kematian baharu dilaporkan KKM semalam menjadikan jumlah kematian kekal 121 kematian pada kadar 1.42 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8515
Kes Baharu : 10
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 521
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 140
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 7873
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)