Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Santuni Golongan OKU Mendidik Erti Sabar 

521
SHARE

Santuni Golongan OKU Mendidik Erti Sabar 

Kuala Terengganu, 16 Jun : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berpeluang menyantuni dan beramah mesra bersama anak-anak istimewa dalam majlis keraian minum petang dan penyampaian sumbangan di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Seramai 3 wakil daripada 35 buah keluarga Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Terlantar Azwar Terengganu (PSIAKUT AZWAR TERENGGANU) telah hadir dalam majlis ini, iaitu Puan Che Nor Hidayah Che Mamat (AKUT Muhammad Naim Mohd Nazri), Puan Zaidawati Muda (AKUT Nur Alia Najihah Suhaimi) dan Puan Rokiah Mamat (AKUT Ros Idayu Ramli).

YB Senator meahirkan rasa syukur diberikan kesempatan untuk bersama-sama anak-anak istimewa ini dan berkongsi rasa susah dan payah dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak kurang upaya (OKU) kerana beliau juga mempunyai seorang anak OKU yang telah pun berusia 33 tahun.

Beliau sempat berpesan kepada semua yang hadir agar sentiasa bersabar dalam menyantuni anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini,

“Semestinya dalam kita menyantuni anak-anak OKU ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, namun kita mesti ingat mereka juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT, sama seperti kita, namun kedudukan mereka sungguh mulia di sisi Allah.”

Beliau juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi di tempat lain dan dilaksanakan dalam skala yang lebih besar.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman bersama Ahli Jawatankuasa nya.