Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (10 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

912
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 10 Jun.

Menurut laporan itu, tiada kes baharu, kes sembuh atau kes kematian baharu dilaporkan di Melaka semalam.

Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah masih berada di dalam zon kuning kerana masih merekodkan kes aktif. Sementara Daerah Jasin pula kekal berada dalam zon hijau kerana tiada kes aktif atau kes baharu dilaporkan di daerah itu semenjak 30 Mei lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 19 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 15

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 211 orang
Sedang dirawat : 19 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Bukit Katil : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 10 Jun.

Menurut KKM terdapat dua kes baharu dilaporkan semalam. Satu adalah daripada kes import, manakala satu kes lagi berlaku dalam penularan tempatan melibatkan bukan warganegara. Ini bermakna sudah dua hari berturut-turut tiada kes tempatan melibatkan warganegara direkodkan di Malaysia.

Laporan itu juga menyatakan sebanyak 39 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,014 bersamaan 84.12 peratus.

Sementara itu satu kematian terbaharu dilaporkan semalam menjadikan sejumlah 118 kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia, setakat ini.

“Kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

“Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun 2020 jam 7.03 pagi. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.” kata kenyataan itu.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8338
Kes Baharu : 2
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1206
Kes ICU : 5
Kes Sembuh Baharu : 39
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 7014
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 118


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)