Home Berita PAS Melaka

Belasungkawa : Amilin Kental PAS Masjid Tanah, Ahmad Hasim Kembali Ke Rahmatullah

2136
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Amilin kental PAS Masjid Tanah, Ahmad Hasim telah kembali ke rahmatullah jam 6.30 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 56 tahun pada masa ini adalah Penolong Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.

Allahyarham sudah bertahun-tahun menghidap penyakit gout yang kritikal sehingga menyebabkan pergerakkannya terbatas. Namun dengan status Allahyarham sebagai OKU, Allahyarham tetap menjalankan tugasnya dengan segala keterbatasan.

Allahyarham juga sering menjadi perhatian selama ini kerana sentiasa menghadiri perhimpunan atau demonstrasi walau pun dengan berkerusi roda.

Ketika berita ini ditulis jenazah Allahyarham masih lagi di Hospital Alor Gajah. Jenazah dijadualkan akan disembahyang dan dikebumikan pada jam 12 tengahari ini di kampung halamannya iaitu di Kampung Tengah, Kuala Linggi, Melaka.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, diberi keampunan dan semoga segala perjuangannya diterima Allah swt sebagai jihad.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)