Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Hari ini kita merayakan hari kemenangan umat Islam setelah melalui madrasah Ramadhan selama 30 hari.
Semoga latihan dalam madrasah Ramadhan yang baru sahaja kita harungi dapat membentuk ketaqwaan dalam diri bagi menjalani kehidupan dalam 11 bulan yang akan datang.
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud,
“Hai orang-orang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Di samping itu, ambillah kesempatan yang ada pada hari mulia ini untuk kita saling bermaafan dan mendoakan kebaikan buat sesama muslim.
Hapuskan sengketa, buang segala kekeruhan yang ada dan jernihkanlah hubungan silaturrahim sesama kita.
Walaupun sambutan hari raya Aidilfitri kali ini agak berbeza keadaannya namun jarak tidak seharusnya menjadi penghalang dalam mengeratkan ukhuwah.
Penggunaan alat komunikasi dan kecanggihan era digital boleh dimanfaatkan untuk memaknakan hari raya dalam norma baharu ini.
Apa yang penting, sambutlah Aidilfitri dengan mematuhi syariat Islam dan bersederhanalah.
Akhir kalam, semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu.
تقبل الله منا ومنكم.
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
30Ramadan 1441H
23 Mei 2020