Home Artikel PAS Sabah

TASTI Ummu Athiyyah Zon Sandakan menyantuni ibu tunggal

257
SHARE

Oleh: S.Salmia
22 Mei

Sandakan : Mengambil keberkataan di hari Jumaat terakhir 29 Ramadhan 1441H, Tasti Ummu Athiyyah Zon Sandakan telah menyantuni beberapa orang ibu tunggal di sekitar Zon Sandakan yang meliputi Parlimen Batu Sapi, Libaran dan Sandakan dengan memberi sedikit sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan wang hari raya.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Pn Norsah Bongsu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dan Pn Salmiah Sappe, Pengerusi Tasti Ummu Atiyyah serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengelola (ALP) Tasti Ummu Atiyyah Zon Sandakan. Pn Norsah sempat memberi sedikit kata-kata semangat kepada ibu-ibu tunggal yang disantuni dan memberi nasihat agar mereka dapat membuat sedikit perniagaan kecil-kecilan dan mendaftarkan perniagaan mereka dengan PERKESO untuk masa depan mereka dan anak-anak.

Sumbangan yang disampaikan adalah daripada Dewan Muslimat Pas Negeri Sabah dan sumbangan daripada orang ramai. Pihak Tasti berharap agar sumbangan ini dapat memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada ibu tunggal yang disantuni agar dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak dengan gembira walaupun suasana hari raya disambut dalam norma baru pada kali ini.