Home Artikel PAS Sabah

PAS Batu Sapi konsisten beri sumbangan sepanjang PKP.

159
SHARE

Oleh : Laila Ismail
23 MEI 2020

BATU SAPI : PAS kawasan Batu Sapi melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) konsisten membantu golongan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal perlaksanaan lagi.

Misi bantuan yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Ahmad Naufal pada 21 Mei lepas telah menyantuni seramai 300 penerima, di lebih 10 buah kampung dalam Parlimen Batu Sapi yang terdiri dari kalangan asnaf, OKU, ibu tinggal dan anak yatim.

Selain set barang dapur, 10kg beras, 2kg tepung, 1kg gula, 1kg minyak masak, bantuan yang disampaikan kali ini telah diserikan sekali dengan set keperluan raya iaitu, 2 biskut raya dan 1 ekor ayam mentah.

Sebelah petang pula, kerja kebajikan ini diteruskan dengan memberi sebanyak 250 pek makanan juadah berbuka puasa kepada penduduk Kampung Kombo dan Kampung Pisang.

Murni Adam yang merupakan wakil penduduk Kampung Bukit Nenas sempat menyatakan rasa terharu dengan bantuan raya yang diberikan kerana dapat meringankan beban dihatinya dalam menyambut Aidilfitri yang semakin hampir.

Nasib Bin Sani, seorang warga emas dari Bandar Ramai- ramai, tidak ketinggalan menyatakan rasa terima kasih beliau kepada petugas yang hadir atas bantuan yang diberikan serta memberitahu, hanya PAS Batu Sapi sahaja setakat ini yang turun memberikan dia bantuan.

Rata-rata penduduk Parlimen Batu Sapi merupakan golongan yang patut diberi perhatian kerana kapasiti penduduk kebanyakkanya merupakan golongan asnaf dan tidak mampu.

Ahli jawatankuasa kepimpinan PAS kawasan Batu Sapi berharap lebih ramai wakil rakyat mahupun NGO tampil menghulur bantuan bagi membantu golongan yang terjejas.