Home Berita PAS Melaka

Pemuda PAS Hang Tuah Jaya Komited Bantu Guru Serta Kakitangan SRITI Terjejas Covid-19

558
SHARE

Oleh : Wan Nabilah

HANG TUAH JAYA : Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya telah menghulurkan bantuan kepada guru-guru dan kakitangan SRITI sekitar kawasan Hang Tuah Jaya di Asar Halmart di sini semalam.

Sumbangan dan bantuan ini disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Anas Abdullah.

Menurut beliau, sumbangan dan bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mereka yang terjejas sepanjang COVID-19 ini.

Turut hadir bersama menyampaikan bantuan adalah Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Faisal Fadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)